Damai yang telah dicapai hilang lagi,
Dimana kasih Tuhannya?
Dia hilang tanpa jalan,
Dia sesat tanpa arah,
Damai pelukan kasih Tuhan,
Telah dia lepaskan,
Sebentar hatinya tenang,
Sebentar hatinya gelisah,
Walau sejuta kali cuba sembunyi,
Diri sendiri malahan semakin terluka,
Kenapa tiada kesabaran dalam diri,
Jika Allah dikatakan bersemadi di hati..
Berapa kali mahu kau ungkapkan dusta,
Jika kau mahu keramat rahsia.
Kubayangkan kau didepan,
Terima saja ketentuan,
Jika amarah padamu ku lepaskan,
Kenapa masih bersisa sisa2 sampah,
Jika kuyakin telah ku buang,
Kenapa masih bersisa memori semalam,
Andainya ia telah lama terpadam...
Tiada hadirku untuk ketenanganmu,
Tiada hadirku untk damaimu,
Semakin sesak nafas hidupmu,
Semakin bahagia rasa diriku....
No comments:
Post a Comment