Thursday, 27 February 2014

:: sempadan ini ::

Dia sang merak,
Sedangkan aku gagak,
Dia sang raja,
Sedangkan aku hamba hina,
Dadanya penuh ilmu,
Sedang aku hanya batu...

Disini,
Hanya ada hati,
Yang hanya mampu tarikan jemari,
Memendam apa yang terisi,
Bukan tidak berharap,
Namun ku ukur pada baju sendiri,
Dia masih banyak yang menanti,
Jadi biarlah aku,
Hanya memandang dari jalur besi....





Wednesday, 26 February 2014

:: rindu ::




Apakah diredhai kerinduan ini?
Disini..
Hanya tinggal aku,
Masih menahan dalam cinta,
Masih berbekal dalam rasa,
Hanya menatap gambar sang cinta,
Buat hati rasa sengsara...

Ya Tarim Wa ahlaha...
Berapa lama lagi harus ku terseksa,
Hanya melihatmu dari luar kota,
Izinkan aku mulakan neraca,
Pertimbangan hidup,
Padamu bahagia..

Tabahkan hatiku untuk susah,
Harta dunia ku kata tak usah,
Kerana cinta ku yakin pasrah,
Bahagia hakiki ingin ku jamah...

Didalammu terselit cinta,
Roh Rasulullah sentiasa ada,
Sunnah diamal dibuang tiada,
Membuat perindu semakin cinta...

Ya Tarim wa ahlaha.... :'(




Monday, 24 February 2014

:: Aninal qalb ( rintihan hati) ::




Kata mereka,
Puisi ditulis untuk apa yang mereka cinta,
Dan aku juga menulis untuk apa yang aku cinta,
Dan kerinduan ini untuk dia yang belum aku jumpa,
Dan kerinduan ini untuk dia yang belum aku rasa...

Aku dengar,
Bila didekatmu jiwa menjadi tenang,
Aku dengar,
Bila didekatmu air mata cinta kan bergenang,
Aku dengar dan dengar,
Aku cinta bertambah cinta,
Aku rindu bertambah rindu,
Bilakah akan kita bersua,
Menjalin cinta,
Bersatu padu....

Ya Tarim wa ahlaha...
Jika saja kau mengerti hati ini,
Jika saja dapat kuluah segala isi,
Betapa bumi dan ahlimu aku rindui,
Betapa akhlak ini ingin ku baiki,
Betapa bumi akhirat ingin ku rasai,
Betapa kesejukanmu dibawah terik mentari,
Betapa dipinggangmu dikelilingi rahmat ilahi,
Betapa hebat cinta yang telah engkau cucuri...

Terimalah aku...
Terimalah aku..... :'(





Tuesday, 11 February 2014

:: Diri , berhenti !!::



Sudah !
Cukuplah dengan lelehan air mata sia-sia,
Cukuplah dengan lemah kerana cinta !
Aqidah yang haq itu pun belum aku dukung,
Makhraj alif ba ta pun belum aku usung,
Dimana letaknya agama jika cinta manusia masihku agung,
Dimana letaknya agama jika cinta manusia masihku sanjung?!

Sedarlah wahai nafsi,
Tuhanmu masih menanti,
Cinta hakiki masih belum kau rasai,
Cinta duniawi hanya mimpi !
Sudah lupakah tentang Khaullah Al-Kindi?
Meletak cinta Tuhan dan Nabi ditempat tertinggi?
Turun bermujahadah sebagai Mujahidah sejati,
Tidak malukah engkau wahai diri,
Cekalnya dia mengangkat pedang,
Sedang engkau masih hanyut tenggelam,
Dalam angan-angan yang sudah Tuhan tetapkan,
Walau setinggi mana anganmu terbang,
Jika sudah itu suratan,
Itu juga yang bakal engkau genggam..

Sudah !
Serahkan saja pada Ar-Rahman,
Dia yang Maha Menentukan,
Yang terbaik atau bukan,
Cukuplah dengan angan-angan,
Teruskan perjuangan,
Sambunglah legasi ilmuan Islam,
Jangan pernah engkau berfikir panjang,
Akan cinta yang sudah ditetapkan..

Allah, sungguh aku telah jauh dari landasan :'(










Sunday, 9 February 2014

:: bunga ::




Hatinya,
Menari..
Berhenti.
Kosong.

Hatinya,
Keliru..
Celaru.
Bohong.

Kenapa perlu ada bunga mekar yang akhirnya hilang cantiknya,
Kenapa perlu ada yang setia akhirnya pergi selamanya,
Kenapa perlu ada bahagia yang akhirnya....

...akan hilang..?


Seperti rama-rama kebasahan sayap,
Hilang seri cantik tiada,
Seperti hati yang dulunya gembira,
Berganti duka ceria tiada.

Jika ini dinamakan takdir,
Bantu aku untuk redha,
Jika ini dinamakan fitrah,
Bantu aku untuk pasrah.
Kerana ketentuan itu,
Tidak mampu aku menentu...
Tidak..
Aku tak mampu.






:: شيب زينة ::



Ini adalah sebuah  syair arab yang indah yang dihantar oleh seorang teman melalui Wassapp. Semoga dapat diambil manfaat...Dan syair ini adalah bukan hak milik saya..


ولقد اشتعل رأسى شيبا
Sungguh kepalaku telah beruban
يصبح نفسي بالموت قريبا
Jadilah aku dekat dengan mati
ن لاعباﻵو ما زلت بالدنيا
Tapi aku masih bermain dengan dunia
لذا دائما أعتاب نفسي عتابا
Oleh itu aku selalu kutuk diriku sendiri

وكذا الدنيا يجذب اليه جذبا
Beginilah dunia ianya selalu menarik
وقد ذهب اليه الكثير ذهابا
Dan sesungguhnya ramai yg pergi kepadanya
حتى تقاتلوا ورأينا حروبا
Ramai berbunuhan sehingga kita lihat berlakunya peperangan
كربا لا والثروة تزدهم
Ketika itu kekayaan tidak menambah kpd mereka melainkan kesusahan
لا ولو الايمان ليتني ترابا
Dan kalau tidak kerana iman lebih baik aku jadi tanah
به اعيش فيها مهما غريبا
Dengannya aku hidul walau secara dagang
لعلي اخيرا اجد خيرا منقلبا
Moga akhirnya aku mendapat kesudahan yg baik
اذوق عذابا لاو انا انجو
Dan aku selamat dan tidak merasai azab

في يوم تكون الجبال سرابا
Pada hari gunung terbang seperti kapas
التوبة ولو نتوب اليه متابا لا
Dan taubat tidak diterima walau dengan sebenar taubat
فالشيب زينة لي وليس عيبا
Maka uban itu adalah hiasan bagiku bukannya aib
والدنيا لعلي انا عليه غالبا
Dan moga aku menang ke atas dunia






Saturday, 8 February 2014

Air mata itu pedih,
Jika mengalir bersama hati yang sedih.
Ya, ketawakan aku!
Sudah lupakah diriku?
Sebanyak mana air mata itu tumpah,
Demi aku bersama dia..









Wednesday, 5 February 2014

:: Albi nadak ( Seruan Hatiku )






Sebuah lagu arab yang mempunyai bait-bait lirik yang cantik . Sesuai untuk ditujukan kepada para suami...dan saya masih belum bersuami, dan lagu ini ditujukan kepada suami yang sudah Allah tetapkan untuk saya. Siapa dia, hanya Allah yang Maha Mengetahui........Dan lagu ini adalah bukan hak milik saya...


....ليك
(Leek..)
Hanya untukmu 

....أنا ملك ليك
(Ana milki leek..)
Diri ini hanya milikmu

..تعالى قرب
(Ta a'la arrab..)
Datanglah mendekat

....ضمني محتاجة ليك
(Dhummini mahtaa galeek..)
Air mataku mengalir mengharapkanmu

...ليك
(Leek..)
Hanya untukmu

...وروحي فيك
(Wuruhi feek..)
Dan jiwaku padamu

...يا حب
( Ya hubba )
Wahai cinta

...عمري أنا عمري كله هأعيش ليك
('Umrana 'umri kullu haisyu leek..)
Usia kita usiaku ,seluruh hidupku untukmu

...هواك هو الحياة**
(Hawaak hual hayah..)
Cintamu adalah hayatku

...وأنت اللي أنا بعشق هواه
(Wentallana ba'syak hawahh)
Dan dirimu buatkan kita cinta sebenar-benar cinta

...كان قلبي مناه
(Kan albi munah..)
Hatiku disini

..أجمل ملاك
(Agmal malak..)
Keindahan sang malaikat

....يكون معاه
(Yekun ma'ahhh)
Jadi bersatu

...ياه قلبي نداك***
(Yahh albi nadak..)
Hatiku menyeru

...واتمناك تبقي
(Wetmannak teeb..)
Harapkan engkau sentiasa setia

...أنت ويا يا ياه بعد سنين
( Anta wayyaa ya ya yahh ba'di senin..)
Dan hanya dirimu setelah bertahun

...شوق وحنين
( Syuk wa hanin )
Kerinduan dan nostalgia

...الاقيك هنا معايا
(Ala eik hina ma 'aya )
Disini bersama kita bertemu

...ياه ضمني ليك
(Yahh dhumni ileek)
Air mataku mengalir untuk kamu

....ده انت حبيبي
( Danta habibi )
Engkau cintaku

...حياتي ليك
(Hayati leek..)
Hidupku untukmu

... وها عيش عمري عشان عينيك
( Waha 'isye 'umri 'ashana 'ainik)
Seluruh hidupku, usiaku hanya kerana matamu

....وعمري فداك
(Wa 'umri fadakk )
Aku serahkan segalanya

...إيه
( Ehhh)
Apakah..

...أحتاج لإيه
(Ahtag li ehh)
Apa lagi yang aku harapkan

....لو كنت جنبي معايا ديما
(Lau kunti gambi ma'aya daiman)
Jika engkau disisi bersamaku selalu

...قوللي ايه
( Ulli ehh)
Katakan padaku

....ياه ده انا من زمان
(Yahh dana min zaman..)
Diri ini sekian lama,

... محتاجة  لقلب يحس بيا واحس بيه
( Mahtaga albi hissi bayya wa hissi beeh... )
Mengharapkan hati ini, perasaan ini bersama hati dan perasaanmu



#Tuhan,sekiranya diriku jatuh cinta, jadikan aku jatuh cinta kepada seseorang yang melabuhkan cintanya pada -Mu.. Dan biarlah cinta itu diletakkan pada orang yang benar dan sentiasa dibawah perlindungan cinta-Mu, Ya Allah..  















:: Aku yang lupa ::





Sekeping hati itu terlalu mencium harumnya dunia..
Sehingga sekeping hati itu terlupa bahawa syurga lebih harum segala isinya..
Sekeping hati itu terlalu menjaga parasnya...
Sehingga sekeping hati itu terlupa bahawa aurat lebih utama untuk dijaga...
Tidak perlu hari esok..
Tidak perlu sebentar lagi....
Anjakan waktu sentiasa beredar..
Maut menanti kita yg alpa... :'(                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      
-Aechakim/oktober2013@wechat-