Aku hanya arang,
Walau seribu kali digilap buih,
Tetap hitam,
Kerana yang hitam itu takkan pernah putih,
Kerana biar seribu kali ku jatuh,
Kelak..
Ku kan jatuh lagi..
Kenapa sang raga terlalu rapuh?
Membina tapak baru kemudian runtuh..
Apa terjadi pada simen yang utuh,
Tidak,
Tidak mampu aku menipu hati,
Tidak mampu aku menahan diri,
Biar beribu ku kata benci,
Masih lagi dia bersemadi.....
Keluarkan aku dari daerah ini,
Bawa aku terbang menghadap mentari,
Jiwaku hambar perlukan tempat bersandar,
Mata tak mampu lagi berbicara,
Jika ada kedukaan,
Kebiasaan sang mata yang dulu berbicara,
Tapi kini aku lain,
Hati yang lebih banyak berbicara,
Hati yang lebih banyak menangis,
Dimana air mata?
Dimana rasa sengsara?
Mungkinkah aku kuat?
Atau hanya pura-pura ligat?

No comments:
Post a Comment