Maka jika dihitung semua rindu para perindu,
Adakah sudah menyamai rindunya dia?
Dan jika pula dikumpul semua puisi cinta,
Sudah terluahkah segala rasa?
Kerana cintanya dia lebih hebat,
Rindunya dia lebih dalam..
Tatkala pena menari indah,
Tatkala lidah mengalun basah,
Selawat dan salam pada junjungan,
Cinta yang membara tak pernah padam..
Padamu kucurah rindu-rinduan...
Wahai Sang Nabi,
Sudikah dikau memandang wajah kami,
Pada hari taubat tidak lagi dipeduli,
Pada hari tiada malu pada diri,
Pada hari sejengkalnya matahari dari kami,
Pada hari dahsyatnya tidak terperi,
Sudikah dikau menggenggam tangan kami?
Ya sayyidi..
Ya al-mahiy..
Ya toyyibi..
Ya syafiey...

No comments:
Post a Comment