Masihku ingat, waktu pertama kali kita bersama, berdua di hospital. Waktu itu ummi buntu. Buntu bagaimana caranya untuk ummi menyusukan Muhammad. Sebab sebetulnya, waktu itu ummi tiada susu. Kering.. Setitik pun tidak singgah dibibirmu,anak. Ya Allah.. waktu tu Allah sahaja yang tahu perasaan ummi. Jam 3 pagi Muhammad masih menangis. Lapar... sebentar kemudian tertidur penat. Ummi keliru dan penat, tapi seolah hilang penat kerana memikirkan bagaimana untuk susukan Muhammad. Beberapa kali ummi panggil Nurse untuk ajarkan bagaimana sebetulnya untuk menyusu. Tapi hampa... setitik pun tidak keluar.
Kemudian, atas nasihat beberapa teman.. Ummi minta Buya belikan Pam. Waktu tu kami masih jahil tentang penyusuan. Buya beli pam tangan manual. Adehh..jenuh nak Pam tangan. Tapi setitik, kemudian dua titik..kemudian tiga titik susu keluar. Waktu tu, walaupun tak banyak,tapi ummi gembira sangat ! Ummi dapat susukan anak ummi.. walaupun bukan secara direct, tapi tetap.. Muhammad dapat minum susu ummi!! Itu yang penting!!
Hari-hari berlalu.. Muhammad dapat minum susu ummi walaupun dalam botol secara dipam. Ummi masih ingat, tetap waktu tu susu tak banyak. Ummi menangis. Ya Allah betapa sedihnya, bimbang jika tak diberi peluang untuk susukan Muhammad sepenuhnya. 3 bulan Ummi bersabar dan berusaha. Buya ada topup juga Susu Karihome. Tapi satu tin je habis. Masuk bulan ketiga, ummi buat apa terdaya..bermula dari situ, perjalanan menyusukan anak ummi seorang ini menjadi lebih indah dan lebih indah...
Namun, sedar tak sedar perjalanan indah penyusuan kita berdua berbaki 3 hari lagi. Mungkin lepas ini, tidur ummi makin nyenyak kerana tiada tangisan ditengah malam inginkan susu, atau.. ummi ada masa untuk memperhatikan diet ummi kerana tiada lagi rasa lapar sebab susukan Muhammad. Namun... ummi tetap sedih.. Kalau diberi peluang untuk sambung lagi, ummi masih mahu. Namun apakan daya, arahan syariat lebih perlu dipatuhi, maka ummi redha, jika ianya perlu berakhir tidak lama lagi.
Malam ni, ummi cuba untuk tak bagi. Anak yang baik tidaklah menangis kuat-kuat sangat. Merajuklah sikit. Tapi akhirnya tertidur. Kesiannya anak ummi.... :,(
Muhammad, jadilah anak yang soleh. Ummi selalu doakan supaya Muhammad dapat berkhidmat pada agama, pada Allah dan rasul. Berakhlaklah sebagaimana akhlaknya Rasulullah dan Para Sahabat serta orang-orang yang soleh dan yang mengikuti mereka. Sesungguhnya Ummi redha atas Muhammad dan halalkan setiap titisan susu Ummi kepada Muhammad... Ummi dan Buya sayangkan Muhammad sepenuh hati dan jiwa kami,.....