Monday, 19 July 2021

Nasi Dagang

Copy paste untuk rujukan dihari muka..hehe


Tips dan Petua Untuk Buat Nasi Dagang. 

Everything U Need to Know About Nasi Dagang.

#tipsmasaknasidagang


Sekadar perkongsian dengan saing sobat teghanu yang sama-sama xleh balik kampung. Hahahaha... Maaf deh, ambe pun xleh kelik kapung jugok. Tenang dan banyakkan bersabar. Kita merancang Allah juga merancang, dan Allah sebaik-baik perancang.


Sebagai ganti untuk menghilangkan duka lara dan kerinduan pada kapong halaman tercinta, meh kite acu try test buat nasi dagang. Ni ada tip-tip hok ambe searching dalam internet untuk perkongsian kita bersama.


Jika saing sobat yang lain ada tip dan petua boleh jugak sama-sama kongsikan buat kita bersama.


Ikan.


Ikan Aya ada 2 jenis, Aya Hitam dan Aya Putih. Kalu Aya Hitam orang KL panggil ikan Tuna. Nok kenal tengok pada sirip. Kalu panjang, tu Aya Hitam. Kalu sirip pendek tu Aya Putih.

Nok sedap rebus sehari sebelum nok makan. Cara dan bahan nok rebus macam-macam. Terserah mengikut style masing-masing. Antara bahan hok biasa orang guna untuk rebus ikan. Daun pandan ( Hilang hanyir ), gula perang atau nisan, lengkuas, asam keping, garam dan cuka (Supaya isi ikan jadi pejal, terutamanya bila guna Aya Hitam sbb isi dia lembut).


Beras, campuran dan sukatan. #tipsmasaknasidagang


Jenis beras.


Org kate yang paling afdhal guna beras siam. Sebabnya dia bera, nasi jadi comel, sutir-sutir. 

Beras wangi. Samada beras wangi saje, atau beras wangi campur beras pulut. Boleh jugok kalu beras wangi campur dengan beras Basmathi. Pun jadi jugok, comel jugok.

Beras Basmathi, ni kire nasi dagang moden doh ni. Boleh capor beras pulut ataupun tidak.


Bab beras saje ulama nasi dagang ada banyak khilaf, so jangan baloh. Boleh paka belake hok mana brase kena dengan selera. 


Nisbah campuran beras, kalu nok caporlah, klau x mboh capor pun xpe. Nisbah dia 4+1=5. 


4 cawan Beras wangi, 1 cawan beras pulut.

4 cawan Beras Wangi, 1 cawan beras basmathi.

4 cawan beras biasa, 1 cawan beras pulut.


Sukatan air nok arong. Nasi Dagang nok kena arong 2 kali.


Sukatan dia, utk arong pertama 2 cawan air biasa atau 2 cawan santan cair. Nok mudah guna cawan atau penyukat yang sama masa nok sukat beras tu.


Arong kali kedua 1 cawan santan pekat. Conslusion dia, sekilo beras 2 cawan air utk 1st arong, 1 cawan santan pekat untuk 2nd arong.


Untuk pengetahuan adik kakok. 1 cawan tu bersamaan 250 gram. so, kalu 4 cawan tu maknanya sekilo lah lebih-lebih kurangnye. Senang nok agok.


Sekilo nasi boleh makan antara 8 ke 10 orang. Kalu molok besor memang xpadan lah. 


Untuk 1 kilo santan pekat pulok, ambe pernah tanya orang hok jual santan. Dia kate 1 kilo santan tu 4 utir nyior. Hokni, hok dia kate lah.... Makna kate setengah kilo tu 2 butir nyior doh. ( Santan Pekat nih).


Masa nok kukuh nasi kena pastikan api tu besar, jangan besar sangat. Kalu api slow kekgi nasi dok kembang. Zaman dulu, bila wak nasi dagang dia dok kembang, orang dulu-dulu kate sebab ada hantu yang tenggek atas nasi. Padahalnya kayu api tu basoh, so api xkuat. Menyebabkan beras yang dikukuh tu dok kembang.


Gulai Nasi Dagang. #tipsmasaknasidagang


Cara nok masok gulai ade banyak style dan gaya. 


Style pertama, dok tumis. Masuk santan dulu, tunggu dia awe awe nok pecoh minyok, pastu masuk belaka bahan kisar n mesin. Style dan gaya ni orang panggil "Raja Berangkat". Mungkin sebab dia masuk semua sekali macam rombongan nok gi lawatan....

Style kedua, tumis dulu cili boh.

Ada yang paka belacan dan ada juga yang kata letak ikan kering sekor dalam kuah tu, utk dapatkan rasa dan aroma ikan tu.

Cili boh nok kena guna banyak, baru comel kejadian gulai nasi dagang. Beringat jugok bab cili boh nih. Guna lada kering yang xpedas. Kalau gi kedai dia panggil "Cili Kering Gemok". Ambe dok kate ke sape2... Jangan berase pulok weh..... 

Untuk sekilo kuah gulai nasi dagang boleh guna 200g ke 250gram cili boh. InsyaAllah gulai nasi dagang kita tu dia jadi comel, warna dan tekstur dia.

Tumis cili dengan gula atau nisan. Supaya cili tumis tadi jadi kilat dan comel. Tumis sapa pecah minyak.

Kuah gulai nasi dagang sedak kalu pekat. Untuk satu hidangan nasi dagang, kita xpaka banyak sangat kuah macam nasi kandar. Nasi kandar kena guna kuah dalam 100g ke 150gram kuah. Untuk nasi dagang padan doh kalu 50gram untuk satu hidangan. Sesenduk lah bahase mudahnya.

Sukatan kuah gulai untuk 1 kilo nasi dagang. Dalam 1000 gram ke 1500gram. Senang cite kalu bekas belender tu 1 setengah air bekas belender tu. Tidak termasuk santan.

Campur sekali air tadi dengan 1 atau 2 cawan air ikan. 

****** masuk 1 cawan dulu xpe, takut masam sangat kuah gulai tu. Sebab masa rebus ikan tu kita guna asam keping banyok. Terlebih masam payoh nok ejah**********. Masuk 1 cawan kemudian rasa. Kalu kurang tambah lagi sikit. Gitulah, agok2.

Untuk sekilo kuah nasi dagang padan doh kalu guna 2 cawan santan pekat.

Masa nok bubuh ikan tu kena perati ikan tu molek, jangan wi ade asam keping tepek di ikan. Takut terlebih masam pulok kuah gulai ikan kita. Masa rasa tu ok doh. Pastu bila makan rasa masam. Rupanya asam pada ikan tu tadi yang buat gulai kita terlebih masam.

Untuk menambah aroma dalam kuah gulai nasi dagang, bolehlah masukkan sesudu halba ke dalam gulai nasi dagang kita tu.


Gitulah kurang lebih cara, petua dan tip untuk buat nasi dagang teganu kita. Sekadar perkongsian melalui himpunan-himpunan perkongsian dari sahabat-sahabat yang lain. Mohon maaf atas segala kekurangan, sekadar perkongsian. Mudah-mudahan bermanfaat buat semua.


#tipsmasaknasidagang

#nasidagang

#nasidagangterengganu


Selamat menyambut Aidul Adha Al Mubarak 1442H.


Yus Kitchen.

19 Julai 2021 Bersamaan

09 Zulhijjah 1442 Hijrah



Tuesday, 9 March 2021

Berbaki sehari

 Berbaki sehari lagi untuk wean off anak belahan jiwa ummi, Muhammad. Sebenarnya ummi hampir tewas. Berhenti susukan dia, rasa macam hentikan nyawa sendiri. Rasa sedih, sampai ummi tak boleh buat kerja! Allah2... payah ya rupanya. 


Tapi hari ini ummi kumpulkan semangat balik. Hari ini hari terakhir untuk dia mengempeng. Terasa sayu dihati. Tapi ummi mesti gagahkan rasa dan emosi demi kebaikan dia. Ummi mulakan dengan solat hajat, dan sentiasa berdoa semoga Allah permudahkan proses ini.

Pagi tadi dia 'bak' juga. Tapi tadi sebelum tidur, dia mintak nak masuk buai. Ummi pun apa lagi, pergi dapur ambilkan botol susu, letak full cream milk dalam tu, ambik 'yayoh' terus masukkan dia dalam buai. Dia mintak 'wawoh-wawoh', fahamlah ummi dia nak ummi qasidah Allah-Allah (qod kafani ilmu rabbi). Ya, anak sorang ni memang suka request lagu pun😅 Alhamdulillah tak lama lepas tu, dia tidur lena. Ummi keluarkan botol dia, yayoh semua. Pastu ummi tulis ni jap. Tapi masalahnya..rasa mengantuk jugak ni...


Alhamdulillah, Allah permudahkan untuk masa ni. Moga masa kedepan ni senang jugalah. Aminnnn



Aeshah Adawiyyah

Saturday, 6 March 2021

Muhammad mula belajar untuk terbang

Masihku ingat, waktu pertama kali kita bersama, berdua di hospital. Waktu itu ummi buntu. Buntu bagaimana caranya untuk ummi menyusukan Muhammad. Sebab sebetulnya, waktu itu ummi tiada susu. Kering.. Setitik pun tidak singgah dibibirmu,anak. Ya Allah.. waktu tu Allah sahaja yang tahu perasaan ummi. Jam 3 pagi Muhammad masih menangis. Lapar... sebentar kemudian tertidur penat. Ummi keliru dan penat, tapi seolah hilang penat kerana memikirkan bagaimana untuk susukan Muhammad. Beberapa kali ummi panggil Nurse untuk ajarkan bagaimana sebetulnya untuk menyusu. Tapi hampa... setitik pun tidak keluar. 

Kemudian, atas nasihat beberapa teman.. Ummi minta Buya belikan Pam. Waktu tu kami masih jahil tentang penyusuan. Buya beli pam tangan manual. Adehh..jenuh nak Pam tangan. Tapi setitik, kemudian dua titik..kemudian tiga titik susu keluar. Waktu tu, walaupun tak banyak,tapi ummi gembira sangat ! Ummi dapat susukan anak ummi.. walaupun bukan secara direct, tapi tetap.. Muhammad dapat minum susu ummi!! Itu yang penting!!





Hari-hari berlalu.. Muhammad dapat minum susu ummi walaupun dalam botol secara dipam. Ummi masih ingat, tetap waktu tu susu tak banyak. Ummi menangis. Ya Allah betapa sedihnya, bimbang jika tak diberi peluang untuk susukan Muhammad sepenuhnya. 3 bulan Ummi bersabar dan berusaha. Buya ada topup juga Susu Karihome. Tapi satu tin je habis. Masuk bulan ketiga, ummi buat apa terdaya..bermula dari situ, perjalanan menyusukan anak ummi seorang ini menjadi lebih indah dan lebih indah...

Namun, sedar tak sedar perjalanan indah penyusuan kita berdua berbaki 3 hari lagi. Mungkin lepas ini, tidur ummi makin nyenyak kerana tiada tangisan ditengah malam inginkan susu, atau.. ummi ada masa untuk memperhatikan diet ummi kerana tiada lagi rasa lapar sebab susukan Muhammad. Namun... ummi tetap sedih.. Kalau diberi peluang untuk sambung lagi, ummi masih mahu. Namun apakan daya, arahan syariat lebih perlu dipatuhi, maka ummi redha, jika ianya perlu berakhir tidak lama lagi. 

Malam ni, ummi cuba untuk tak bagi. Anak yang baik tidaklah menangis kuat-kuat sangat. Merajuklah sikit. Tapi akhirnya tertidur. Kesiannya anak ummi.... :,(





Muhammad, jadilah anak yang soleh. Ummi selalu doakan supaya Muhammad dapat berkhidmat pada agama, pada Allah dan rasul. Berakhlaklah sebagaimana akhlaknya Rasulullah dan Para Sahabat serta orang-orang yang soleh dan yang mengikuti mereka. Sesungguhnya Ummi redha atas Muhammad dan halalkan setiap titisan susu Ummi kepada Muhammad... Ummi dan Buya sayangkan Muhammad sepenuh hati dan jiwa kami,.....

Monday, 15 February 2021

Kebahagiaan

 Sebenarnya, hati yang tidak gembira adalah hati yang sentiasa mengintai kebahagiaan dan kesenangan orang lain. Waktu terasa bahagia, tiada pula merasa ada yang lebih bahagia, terasa dirilah yang paaaaaling bahagia.. Namun, bila terasa sedih.. terasa diri inilah yang paling sedih..orang lain lah yang paling bahagia.. tiada lagi sinar bahagia. Tidak adillah begitu. Hidup ini indah. Allah hadirkan kebahagiaan, supaya kita mensyukurinya. Allah juga hadirkan kesedihan, juga supaya kita mensyukurinya. 

Ya Allah..  aku bersyukur mempunyai keluarga yang terlalu penyayang dan baik, kemudian dikurniakan suami yang terlalu penyayang dan baik, juga seorang mak mertua yang penyayang dan baik.. juga ahli keluarga mertua yang semuanya baik-baik... Nikmat ini saja tidak mampu ku panjatkan sebenar-sebenar syukur. Bagaimana lagi nikmat anak, nikmat kesihatan dan harta.. bagaimana cara untuk ku bersyukur?😢😢😢😢


Hey.. budak ini dah hampir 1 tahun 9 bulan. Banyal akalnya. Cerdik, baik, mashaAllah. Ummi sekarang vusy dengan karipap. Tapi dia baiikkk sangat.. tak kacau ummi pun.. 


Nantilah upload gambar dia..