Tuhan,
Hati ini masih rapuh,
Kukuhkanlah ia
Tuhan,
Hati ini telah hancur,
Suburkanlah ia.
Tuhan,
Hati ini tiada rasa cinta,
Wujudkanlah ia.
Tuhan,
Hati ini apa pun merasa bersyukur,
Tetapkanlah ia.
Walau apa pun ditakdirku,
Aku masih redha,
Dunia ini hanya tikaman impian,,
Akhirat jua yang patut diangan-angankan.
Aku tidak sedih,
Aku juga tidak bimbang,
Kerana hati ini yakin dengan ketetapan,
Walau dimasa hadapan,
Tidak aku ditentu dengan kebahagiaan,
Tapi aku masih bertahan,
Kerana aku akur dengan sebuah ketentuan.
2 tahun dari sekarang,
Aku akan cuba untuk memulihkan,
Segala kerosakan,
Berpunca dari hati dan su' akhlak,
Untuk aku lebih menumpukan,
Tanggungjwabku pada yang patut ku sayang.
Aku takkan lagi pandang kebelakang.
Aeshah adawiyah,
Salalah, Oman
3 september 2015
Thursday, 3 September 2015
Friday, 21 August 2015
Tabah
Betapa sempurna cinta bayangan hati,
Walau hakikat tidak semanis realiti,
Merasa kagum dengan hikmah yang tersembunyi,
Betul kata mereka,
Aku selalu bersangka buruk dengan Tuhan,
Masih melenting dengan ujian,
Hikmah indah tidak ku jengah,
Masih mencari kenapa begitu dan begini,
Tanpa melihat keindahan pelangi,
Disebalik hujan gerimis...
Tuhan,
Manisnya belum ku kecap,
Tapi aku mula menangkap,
Bahagia yang Kau cuba ungkap..
Entah kali keberapa entah,
Aku memohon keampunan,
Tapi muka yang tiada malu ini,
Masih berlutut menyesali khilaf,
Yang mungkin keseratus juta kali,
Atau kedua ratus ribu juta kali?
Tapi kataMu Tuhan,
KeampunanMu tidak pernah jauh dariku,
Sekalipun segunung dosa yang ku pikul,
KeampunanMu malah lebih dari itu...
Untuk dia yang pernah ku sayang,
Maaf andai bagimu tiada usaha dariku,
Namun aku sedaya,,
Untuk patuh kepada orang tuaku,
Mungkin disini sahaja kisah yang terlukis,
Penamatnya jelas bukan dari kita,
Namun mungkin juga penamat itu sebenarnya titik mula,
Untuk kau lebih berusaha,
Juga untuk aku untuk lebih belajar,
Bahawa angan-angan bukan pelakar hidup,
Sedang realiti masih bertiup.....
Hanya aku dan kamu yang mengerti..
-
Sunday, 19 July 2015
this cut
Bismillah. Haaaaa.. adelah tu sesuatu kalau dia update belog. Yeee.. memang ada sesuatu pun. Tangannya terhiris pisau lagi. Sakit. Tapi ada sesuatu yang lebih sakit. Perlu menangis atau buat-buat tak tahu? Tak apa lah. Nanti beli handyplast tu okelah luka tu. Senang je. Bukan besar pun luka tu. Kesian.... asyik terhiris pisau je.... bila nak sembuh kalau belum sembuh lagi dah terhiris lagi..? Lain kali moga lebih berhati-hati ye... :)
-aeshah adawiyah-
-aeshah adawiyah-
Thursday, 18 June 2015
:: bismillah....::
I really really really really really wait for you, kata Fatin. Kisah kita berdua hampir sama. Cumanya kau lagi mashaAllah daripada aku,Tin. Semoga kita berdua bertemu dengan insan yang setia. Yang mencari Tuhan dipimpinnya kita bersama. Sambil nyanyi lagu saloma aku dan dia berpimpin mesra. Eceh berangan. Aku jugak macam kau, tak kisah macam mana keadaannya. Susah senang. Pahit tawar. Semua aku nak rasa. Sebab kau dan aku tahu hidup ni macam roda, xselamanya kita akan bersenang kat atas.
Tin, jahiliyyah tu pahit. Kul shaik fil mustaqbal kita mampu ubahnya pada tindakan kita hari ini. Aku dah banyak bina impian. Dan banyak jugak hancur.Dan aku pasti kau pun banyak. Dan sekarang, hanya menunggu takdir tuhan.. aku tak nak tersilap langkah lagi. Menunggu tu memang macam hempedu, walaupun aku tak penah rasa hempedu tapi aku tahu pahit sebab itulah pahitnya menunggu. Hihi.
Walaupun kadang2 aku rasa hidup ni tak adil, tapi aku tahu dan pasti Allah itu dah rencanakan aku sesuatu yang indah pada penghujung cerita aku dan kau.
So, just smile and bismillah......... :)
-aeshah adawiyah-
Sunday, 14 June 2015
:: pilihan ::
Masihkah kau disitu..
Menungguku seperti dahulu..
Mengharapkanku seperti hari itu,
Kerana kini kau sepi,
Aku tidak lagi tahu hati mu
Sedang engkau jua tidak lagi tahu hati aku..
Hanya jemariku mengusap permukaan..
Aku berfikir..
Hidup adalah lebih indah diwaktu kecil..
Hanya tahu menangkap rama-rama terbang..
Terkadang ketawa bersama teman..
Merasakan menjatuhkan pasu ummi adalah masalah terbesar dalam hidup..
Namun saat ini ianya lebih dari itu..
Lebih lagi.
Aku bersandar..
Aku mengharap..
Aku hanya ingin jawapan..
Juga sedikit kepastian..
Mungkinkah sama atau berubah,
Atau hanya...aku yang didalam angan?
- Aeshah Adawiyah-
Thursday, 11 June 2015
:: buka ::
Kau kata bulan itu segitiga,
Maka aku percaya.
Kau kata bintang itu dekat,
Maka aku percaya.
Kau kata langit itu hijau,
Maka aku percaya.
Kau kata semua impian adalah realiti,
Maka aku percaya.
Kau kata senyum itu pengubat duka,
Maka aku percaya.
Kau kata jika sayang segalanya mungkin,
Maka aku percaya.
Namun pabila ku buka mata,
Bulan itu sebenarnya bulat,
Bintang itu sebenarnya jauh,
Langit itu sebenarnya biru,
Impian itu sebenarnya sebuah harapan,
Senyum itu sebenarnya makin melukakan,
Dan tak semua sayang memungkinkan..
Dan kau masih disitu,
Berfikir mungkin.
-aeshah adawiyah-
Maka aku percaya.
Kau kata bintang itu dekat,
Maka aku percaya.
Kau kata langit itu hijau,
Maka aku percaya.
Kau kata semua impian adalah realiti,
Maka aku percaya.
Kau kata senyum itu pengubat duka,
Maka aku percaya.
Kau kata jika sayang segalanya mungkin,
Maka aku percaya.
Namun pabila ku buka mata,
Bulan itu sebenarnya bulat,
Bintang itu sebenarnya jauh,
Langit itu sebenarnya biru,
Impian itu sebenarnya sebuah harapan,
Senyum itu sebenarnya makin melukakan,
Dan tak semua sayang memungkinkan..
Dan kau masih disitu,
Berfikir mungkin.
-aeshah adawiyah-
Tuesday, 9 June 2015
:: Definisi ::
Jika ada yang sangat mencintai ketenangan pantai,
Ya akulah wanita itu.
Jika ada yang menggambarkan hidupnya melalui tulisan dan lukisan,
Ya akulah wanita itu.
Jika ada yang selalu melakukan kesilapan yang sama,
Ya akulah wanita itu.
Jika ada yang sering menangis saat malam menjelma,
Ya akulah wanita itu.
Jika ada yang sekeping hatinya tidak lagi sempurna kerana seringnya terluka,
Ya akulah wanita itu.
Jika ada yang cuba menggapai mimpi-mimpi dilangit,.
Ya akulah wanita itu.
Jika ada yang melukis kemudian merenyukkan kertas yang dilukis,
Ya akulah wanita itu.
Jika ada yang masih mengharap sepasang tangan,
Ya akulah wanita itu,
Jika ada yang pernah percayakan seseorang yang pernah hadir dalam hidupnya,
Ya akulah wanita itu.
Jika ada yang masih berharap harapannya nanti disulam kenyataan,
Ya akulah wanita itu.
Dan jika masih ada yang menanti bahagia..
Ya, akulah wanita itu.
Zahir yang kau lihat, bukanlah segala-gala....
-Aeshah Adawiyah-
Ya akulah wanita itu.
Jika ada yang menggambarkan hidupnya melalui tulisan dan lukisan,
Ya akulah wanita itu.
Jika ada yang selalu melakukan kesilapan yang sama,
Ya akulah wanita itu.
Jika ada yang sering menangis saat malam menjelma,
Ya akulah wanita itu.
Jika ada yang sekeping hatinya tidak lagi sempurna kerana seringnya terluka,
Ya akulah wanita itu.
Jika ada yang cuba menggapai mimpi-mimpi dilangit,.
Ya akulah wanita itu.
Jika ada yang melukis kemudian merenyukkan kertas yang dilukis,
Ya akulah wanita itu.
Jika ada yang masih mengharap sepasang tangan,
Ya akulah wanita itu,
Jika ada yang pernah percayakan seseorang yang pernah hadir dalam hidupnya,
Ya akulah wanita itu.
Jika ada yang masih berharap harapannya nanti disulam kenyataan,
Ya akulah wanita itu.
Dan jika masih ada yang menanti bahagia..
Ya, akulah wanita itu.
Zahir yang kau lihat, bukanlah segala-gala....
-Aeshah Adawiyah-
Monday, 20 April 2015
Titis
Pagi yang mendung,
Tiadanya embun,
Udara itu baunya gelisah,
Mungkin ketenangan sudah habis disedut resah,
Mungkin juga rindu itu kian menjengah,
Yang akhirnya menapak kekal,
Di dalam hati sang gundah.
Dia menjalar sepi,
Di lautan ini masih mencari,
Tatkala yang lain menggapai bahagia,
Dia masih menyelam mencari permata,
Hatinya sudah terbuka kini,
Namun tiada berkunjung sang penyeri,
Mungkin hanya belum masanya lagi...
Tiadanya embun,
Udara itu baunya gelisah,
Mungkin ketenangan sudah habis disedut resah,
Mungkin juga rindu itu kian menjengah,
Yang akhirnya menapak kekal,
Di dalam hati sang gundah.
Dia menjalar sepi,
Di lautan ini masih mencari,
Tatkala yang lain menggapai bahagia,
Dia masih menyelam mencari permata,
Hatinya sudah terbuka kini,
Namun tiada berkunjung sang penyeri,
Mungkin hanya belum masanya lagi...
Wednesday, 15 April 2015
Nikmat itu berhenti
Aku rindu saat aku masih lagi disini.. diberi nikmat oleh Allah untuk merasa indahnya syurga..kini aku keluar darinya.. alangkah malang kaki ini melangkah.... ku tunggu saat ku dipanggil semula oleh ahlinya...... ya tarim wa ahlaha.....
Subscribe to:
Posts (Atom)





