Thursday, 18 June 2015

:: bismillah....::


I really really really really really wait for you, kata Fatin. Kisah kita berdua hampir sama. Cumanya kau lagi mashaAllah daripada aku,Tin.  Semoga kita berdua bertemu dengan insan yang setia. Yang mencari Tuhan dipimpinnya kita bersama. Sambil nyanyi lagu saloma aku dan dia berpimpin mesra. Eceh berangan. Aku jugak macam kau, tak kisah macam mana keadaannya. Susah senang. Pahit tawar. Semua aku nak rasa. Sebab kau dan aku tahu hidup ni macam roda, xselamanya kita akan bersenang kat atas. 

Tin, jahiliyyah tu pahit. Kul shaik fil mustaqbal kita mampu ubahnya pada tindakan kita hari ini. Aku dah banyak bina impian. Dan banyak jugak hancur.Dan aku pasti kau pun banyak. Dan sekarang, hanya menunggu takdir tuhan.. aku tak nak tersilap langkah lagi. Menunggu tu memang macam hempedu, walaupun aku tak penah rasa hempedu tapi aku tahu pahit sebab itulah pahitnya menunggu. Hihi. 

Walaupun kadang2 aku rasa hidup ni tak adil, tapi aku tahu dan pasti Allah itu dah rencanakan aku sesuatu yang indah pada penghujung cerita aku dan kau. 


So, just smile and bismillah......... :)




-aeshah adawiyah-


Sunday, 14 June 2015

:: pilihan ::





Masihkah kau disitu..
Menungguku seperti dahulu..
Mengharapkanku seperti hari itu,
Kerana kini kau sepi,
Aku tidak lagi tahu hati mu
Sedang engkau jua tidak lagi tahu hati aku..

Hanya jemariku mengusap permukaan..
Aku berfikir..
Hidup adalah lebih indah diwaktu kecil..
Hanya tahu menangkap rama-rama terbang..
Terkadang ketawa bersama teman..
Merasakan menjatuhkan pasu ummi adalah masalah terbesar dalam hidup..
Namun saat ini ianya lebih dari itu..
Lebih lagi.

Aku bersandar..
Aku mengharap..
Aku hanya ingin jawapan..
Juga sedikit kepastian..
Mungkinkah sama atau berubah,
Atau hanya...aku yang didalam angan?



- Aeshah Adawiyah-



Thursday, 11 June 2015

:: buka ::

Kau kata bulan itu segitiga,
Maka aku percaya.
Kau kata bintang itu dekat,
Maka aku percaya.
Kau kata langit itu hijau,
Maka aku percaya.
Kau kata semua impian adalah realiti,
Maka aku percaya.
Kau kata senyum itu pengubat duka,
Maka aku percaya.
Kau kata jika sayang segalanya mungkin,
Maka aku percaya.

Namun pabila ku buka mata,

Bulan itu sebenarnya bulat,
Bintang itu sebenarnya jauh,
Langit itu sebenarnya biru,
Impian itu sebenarnya sebuah harapan,
Senyum itu sebenarnya makin melukakan,
Dan tak semua sayang memungkinkan..

Dan kau masih disitu,
Berfikir mungkin.



-aeshah adawiyah-

Tuesday, 9 June 2015

:: Definisi ::

Jika ada yang sangat mencintai ketenangan pantai,
Ya akulah wanita itu.
Jika ada yang menggambarkan hidupnya melalui tulisan dan lukisan,
Ya akulah wanita itu.
Jika ada yang selalu melakukan kesilapan yang sama,
Ya akulah wanita itu.
Jika ada yang sering menangis saat malam menjelma,
Ya akulah wanita itu.
Jika ada yang sekeping hatinya tidak lagi sempurna kerana seringnya terluka,
Ya akulah wanita itu.
Jika ada yang cuba menggapai mimpi-mimpi dilangit,.
Ya akulah wanita itu.
Jika ada yang melukis kemudian merenyukkan kertas yang dilukis,
Ya akulah wanita itu.
Jika ada yang masih mengharap sepasang tangan,
Ya akulah wanita itu,
Jika ada yang pernah percayakan seseorang yang pernah hadir dalam hidupnya,
Ya akulah wanita itu.
Jika ada yang masih berharap harapannya nanti disulam kenyataan,
Ya akulah wanita itu.
Dan jika masih ada yang menanti bahagia..
Ya, akulah wanita itu.


Zahir yang kau lihat, bukanlah segala-gala....


-Aeshah Adawiyah-