Aku tidak menulis tentang hari yang bermakna buatku diblog. 14 Julai 2018. Hari dimana aku dan suamiku benar-benar disatukan. Kenapa benar-benar disatukan? Dua tahun lalu, kami terlebih dahulu menikah secara rahsia. Hanya bapaku sebagai wali dan beberapa orang saksi termasuk gurunya.. Cukup syarat yang mengesahkan aku dan dia sebagai suami isteri. Untuk apa? Untuk kami halal berhubung dan berkenalan. Selama hampir 3 tahun kami diikat namun kami tidak pernah berhubung. Hanya percaya pada tali yang telah diikat oleh gurunya dan bapaku. 22 April 2017. Tarikh pertama aku mengecap kebahagiaan sebagai seorang isteri. Walaupun tidak aku sempurnakan khidmatku sebagai seorang isteri, namun selama setahun itu, sudah cukup untuk aku mengenali sedikit demi sedikit seperti apa bakal lelaki yang aku akan habiskan sisa hidupku nanti.
Hanya Allah yang tahu betapa tiap hari aku bangun dan bersyukur melihat lelaki ini disebelahku. Betapa aku merasa aku tidak mampu untuk mengucapkan syukur pada Tuhan atas nikmat yang satu ini. Terlalu besar.
Friday, 19 July 2019
Friday, 5 April 2019
Bunga
Hari ini aku sudah berada di akhir bulan ketujuh kehamilan. Khalifah kecil ini sudah menendang-nendang sejak dari akhir bulan kelima lagi. Terkadang tersenyum dengan tendangan kecil anak ini. Betapa Allah gantikan setiap titisan air mata itu dengan kegembiraan. Aku bahagia dengan segala anugerah yang Allah telah kurniakan padaku. Suami yang soleh dan penyayang. Dimana lagi mampu ku dapat seumpamanya. Tiada ! Dialah yang pernah ku tunggu 5 tahun dulu tanpa siapa pun yang tahu kecuali Allah. Dan kini dia telah berada disampingku, dekat denganku, menggenggam jariku.....Harus bagaimana aku berterima kasih padaMu Ya Allah.. :,(
Muhammad. Khalifah kecil ini selalu digelar Muhammad oleh Abuyanya sejak pertama kali tahu tentang kewujudannya di dalam rahimku. Semoga anak ini benar-benar menjadi seorang 'Muhammad'
Sayang, ummi tak sabar untuk menciummu. Lahirlah anakku dengan selamat dan sempurna. Jadilah engkau anak yang berguna untuk agama. Bantulah Abuya untuk menyampaikan agama. Jangan merasa lelah, jangan merasa letih. Keringatmu tidak akan sia-sia...Muhammad, ummi tunggu :')

Subscribe to:
Posts (Atom)