Kini sudah tiba musim bunga. Musim luruh dan mendung yang dilalui telah melabuhkan tirai. Segala penat, sakit dan pedih itu sudah pulang. Musim bunga ini, diserikan dengan cinta. Aku telah mendapat cinta yang ku impikan. Kini hanya coretan indah yang akan dilukiskan, insyaAllah..
Perjalanan yang panjang membuatkan kita tidak sabar. Ya aku begitu. Walau seringkali aku mengingatkan diriku bahawa.. tidak mengapa untuk merasa sakit. Tidak mengapa untuk merasa bimbang. Perjalanan kedepan pasti kan ada bahagia. Mungkin kelihatan seolah aku bersenang mendapat kesenangan, namun hati inilah yang menahan segala rasa. Sedangkan perit yang tak terluah itu lebih pedih berbanding yang diheboh segala rasa
Sudah 4 bulan menyulam cinta dengan suami tercinta. Walau sebenarnya lebih setahun kami telah sah sebagai suami isteri, namun baru 4 bulan aku dan dia belajar untuk hidup bersama, mengenali sikap bersama.
Musim bunga ini begitu indah. Ada kejutan yang indah. 9 minggu denyutan jantung yang baru menapak dirahimku. Bukankah kesabaran itu selalu dibayar dengan sesuatu yang indah? Tidak didunia diakhirat sana.
Aku yang masih belum sepenuhnya mengenal erti sabar. Kedepan, semoga aku lebih sabar dan berjalan dengan indah.