Thursday, 3 September 2015

Suatu Tekad

Tuhan,
Hati ini masih rapuh,
Kukuhkanlah ia

Tuhan,
Hati ini telah hancur,
Suburkanlah ia.

Tuhan,
Hati ini tiada rasa cinta,
Wujudkanlah ia.

Tuhan,
Hati ini apa pun merasa bersyukur,
Tetapkanlah ia.

Walau apa pun ditakdirku,
Aku masih redha,
Dunia ini hanya tikaman impian,,
Akhirat jua  yang patut diangan-angankan.

Aku tidak sedih,
Aku juga tidak bimbang,
Kerana hati ini yakin dengan ketetapan,
Walau dimasa hadapan,
Tidak aku ditentu dengan kebahagiaan,
Tapi aku masih bertahan,
Kerana aku akur dengan sebuah ketentuan.

2 tahun dari sekarang,
Aku akan cuba untuk memulihkan,
Segala kerosakan,
Berpunca dari hati dan su' akhlak,
Untuk aku lebih menumpukan,
Tanggungjwabku pada yang patut ku sayang.


Aku takkan lagi pandang kebelakang.


Aeshah adawiyah,
Salalah, Oman
3 september 2015