Sunday, 9 February 2014

:: bunga ::




Hatinya,
Menari..
Berhenti.
Kosong.

Hatinya,
Keliru..
Celaru.
Bohong.

Kenapa perlu ada bunga mekar yang akhirnya hilang cantiknya,
Kenapa perlu ada yang setia akhirnya pergi selamanya,
Kenapa perlu ada bahagia yang akhirnya....

...akan hilang..?


Seperti rama-rama kebasahan sayap,
Hilang seri cantik tiada,
Seperti hati yang dulunya gembira,
Berganti duka ceria tiada.

Jika ini dinamakan takdir,
Bantu aku untuk redha,
Jika ini dinamakan fitrah,
Bantu aku untuk pasrah.
Kerana ketentuan itu,
Tidak mampu aku menentu...
Tidak..
Aku tak mampu.






No comments: