Thursday, 2 January 2014
:: Lelaki terbaik ::
Jika seribu kegembiraan itu cuba kami ganti dengan satu kegembiraan dari kelahiranmu,
Nescaya tidak terganti..
Jika seribu cahaya menerangi cuba kami ganti dengan satu cahaya dari jari sucimu,
Nescaya tidak terbanding,
Jika seribu ketampanan cuba kami ganti dengan tampannya rias wajahmu,
Nescaya kami gagal..
Kerana dirimu dicipta seolah-olah mengikut apa mahumu...
Wahai khabar gembira bagi umat ini !
Wahai lelaki terbaik untuk umat bertuah ini !
Jika semua aksara cinta disatu hibah,
Jika seisi dunia menyusun semua kalam indah,
Jika bersatunya semua gagasan-gagasan fikrah,
Jika dihimpun semua syair-syair sebentala,
Masih tidak mampu mereka menyata rias,
Betapa bersyukur dengan adanya Sang Anugerah...
Kerana setiap cacian nista padamu,engkau biarkan....
Kerana setiap darah mengalir dari dahimu, engkau diamkan.....
Kerana setiap racun yang mengalir dalam tubuhmu, engkau pejamkan.....
Kerana setiap kesakitan yang menggigit setiap buluh darahmu,engkau rahsiakan....
Kerana setiap jalur-jalur merah pada tubuh muliamu, engkau pedulikan.....
Kerana cintamu pada kami , lebih kau utamakan.....
Wahai syifa' bagi hati kami,
Kerana lautan itu luas,
Begitu dengan rahmat Tuhan,
Tidak putus,
Tidak luput,
Kerana Tuhan Pemberi Rahmat itu Satu,
Demi kekuasaan-Nya atas diriku,
Demi nyawaku dibawah jagaan-Nya,
Pandanglah kami Ya Al-Mustofa!
Syafaatkan kami Ya Al-Mahi !
Senyumlah kepada kami Ya Toha!
Harus bagaimana lagi kami meluahkan rasa...
Betapa rindu ini melimpah,
Dan kerana cintamu jua,
Mendorong cinta kepada Tuhan Esa....
Wahai lelaki terbaik,
Engkau cinta , engkau hati....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment