Friday, 24 January 2014
:: Lebam duka::
Betapa sanubarinya meronta duka,
Kerana dia mencintai si pesakit jiwa,
Perkenalan mereka,
Diatur keluarga,
Dipaksa orang desa,
Bertunang secara terpaksa...
Kenapa tiada yang bertanya tentang apa rasa hatinya?
Kenapa tiada yang bertanya tentang apa mahunya?
Si gila itu juga tempat dia berpaut,
Kadang dipukul kadang dipeluk,
Kadang diterajang kadang disayang,
Perlakuannya serba tak senang duduk..
Hei lelaki durja !
Isterimu wanita hiasan dunia..
Isterimu wanita lemahnya dirasa,
Isterimu wanita sifatnya dimanja,
Mungkin kau lupa pesan Rasulullah,
Mungkin kau sengaja derhaka pada Allah !
Jika sepak terajang yang kau suapkan,
Jika maki hina yang kau belaikan,
Biarkan dia pergi,
Tolong,
Lepaskan dia lari.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment