Penghujung bulan Januari, Ribath Fatimah Azzahra telah pun secara rasminya dibuka. I was not too excited sebab ketakutan lebih menguasaiku. Kenapa takut ? Lebih banyak perkara yang aku takutkan. Ianya satu amanah ummah. Bukan kecil dan sedikit. Dan terus-terang diriku masih tidak layak untuk memegang amanah ini. Namun, aku diletak disini, pada posisi ini. Aku tidak mampu undur kebelakang atau keluar dari bahu jalan. Aku hanya perlu maju. Masih ada jiwa-jiwa yang dahagakan penghijrahan yang ingin bersama-sama berpegang tangan denganku meniti jalan ini.
Cabaran menjadi seorang guru mengajarku untuk menjadi lebih matang dalam menghadapi pelbagai situasi. Terkadang hujan membasahi. Teruk. Menangis aku tersungkur. Tak tertanggung dengan pelbagai ujian hati dan emosi, raga dan jasad. Namun, teringat kembali sabdaan Kekasih Agung :
"Bersabarlah , sehingga engkau menemuiku di Telagaku ..."
******************************************
Banyak perkara yang ingin dikongsi. Aku bersyukur dengan kehidupan yang telah ALLAH kurniakan padaku. ALLAH kurniakanku seorang suami yang penyayang dan lebih memahami situasiku. Dia membimbingku dalam pelbagai segi. Menjadi guruku dan menjadi penyuluh hari gelapku. Tidak mungkin kan terganti walau ku cari seumpamanya hingga hujung dunia.
Muhammad. Anak kecil ini semakin hari semakin cerdik, Alhamdulillah. Terasa tersangat pantas masa berlalu, dah hampir masuk 3 tahun ! Baki seminggu lebih sahaja lagi untuk Muhammad cukup 3 Tahun. Dia membesar dengan indah dan baik.
No comments:
Post a Comment