Tuesday, 15 August 2023

Jadi ibu itu indah

Ps: post ini ditulis pada 14 mac 2021 namun dipublish lambat.

Jam 3.52 pagi. Sebenarnya semalam baru start untuk betul-betul wean off dia. Lewat 4 hari sebab ummi ada kerja. Tips untuk start wean off ialah kita kena kosongkan jadual, untuk tiada ada apa-apa nak buat pada hari itu supaya kita boleh ada lebih masa untuk.hanya fokus kepada anak. 

Kalau sebelum ni ummi asyik menangis dan tak kuat, tapi kali kedua ni memang Allah beri kekuatan. Kuncinya solat hajat dan doa sungguh dengan Allah. So yeah, hari ini adalah hari kedua. Semalam dia menangis menangis menangis. Biasalah first time kan. Buya dah hampir give up. Hehe.. tapi ummi ingatkan buya, bahawa kalau kita give up masa ni, nanti kita tetap kena lalui benda yang sama balik. Jadi kesiannya dekat baby, makin susah untuk dia. Jadi ummi terpaksa kuatkan semangat untuk tidak bagi, walaupun semalam selepas seharian, mencurah juga air mata ummi akhirnya.

Malam ni malam kedua. Tadi time nak tiidur semuanya smooth je. Dia ada merengek sikit tapi sekejap je. Ummi pasangkan lagu Ya Hanana, tepuk-tepuk dan pujuk-pujuk akhirnya dia tertidur. Jam 2 pagi dia mulanya macam pusing-pusing. Last-last dia bangun bunyikan suara sikit kejutkan ummi. Jam 2.20 pagi. Maka bermulalah long night journey. Haha. Tapi  bagusnya anak soleh seorang ini dia tak nangis,just nak main.

Kita lihat saja bagaimana ianya berlangsung dalam seminggu ni. InsyaAllah kheir. 


Muhammad waktu 6 bulan

Menjadi ibu itu indah. Tiada kalam yang dapat diluah menggambarkan keindahan, namun ianya dapat dirasai sebagai pengalaman. Alhamdulillah....


Xoxo
Aeshah Adawiyyah



No comments: