Tuesday, 9 June 2015

:: Definisi ::

Jika ada yang sangat mencintai ketenangan pantai,
Ya akulah wanita itu.
Jika ada yang menggambarkan hidupnya melalui tulisan dan lukisan,
Ya akulah wanita itu.
Jika ada yang selalu melakukan kesilapan yang sama,
Ya akulah wanita itu.
Jika ada yang sering menangis saat malam menjelma,
Ya akulah wanita itu.
Jika ada yang sekeping hatinya tidak lagi sempurna kerana seringnya terluka,
Ya akulah wanita itu.
Jika ada yang cuba menggapai mimpi-mimpi dilangit,.
Ya akulah wanita itu.
Jika ada yang melukis kemudian merenyukkan kertas yang dilukis,
Ya akulah wanita itu.
Jika ada yang masih mengharap sepasang tangan,
Ya akulah wanita itu,
Jika ada yang pernah percayakan seseorang yang pernah hadir dalam hidupnya,
Ya akulah wanita itu.
Jika ada yang masih berharap harapannya nanti disulam kenyataan,
Ya akulah wanita itu.
Dan jika masih ada yang menanti bahagia..
Ya, akulah wanita itu.


Zahir yang kau lihat, bukanlah segala-gala....


-Aeshah Adawiyah-





No comments: