Friday, 19 July 2019

Bahtera terindah

Aku tidak menulis tentang hari yang bermakna buatku diblog. 14 Julai 2018. Hari dimana aku dan suamiku benar-benar disatukan. Kenapa benar-benar disatukan? Dua tahun lalu, kami terlebih dahulu menikah secara rahsia. Hanya bapaku sebagai wali dan beberapa orang saksi termasuk gurunya.. Cukup syarat yang mengesahkan aku dan dia sebagai suami isteri. Untuk apa? Untuk kami halal berhubung dan berkenalan. Selama hampir 3 tahun kami diikat namun kami tidak pernah berhubung. Hanya percaya pada tali yang telah diikat oleh gurunya dan bapaku. 22 April 2017. Tarikh pertama aku mengecap kebahagiaan sebagai seorang isteri. Walaupun tidak aku sempurnakan khidmatku sebagai seorang isteri, namun selama setahun itu, sudah cukup untuk aku mengenali sedikit demi sedikit seperti apa bakal lelaki yang aku akan habiskan sisa hidupku nanti.

Hanya Allah yang tahu betapa tiap hari aku bangun dan bersyukur melihat lelaki ini disebelahku. Betapa aku merasa aku tidak mampu untuk mengucapkan syukur pada Tuhan atas nikmat yang satu ini. Terlalu besar.

No comments: