Aku masih percaya pada pilihan keluarga. Walaupun semenjak dua menjak ni banyak betul cerita tak enak yang aku dengar tentang pernikahan yang diatur.. Tapi kata-kata dan semangat dari teman-teman dan keluarga buat aku yakin bahawa agama itu lebih dari segalanya.Cuma hati ni terkadang resah dan bimbang. Terimakah dia diriku...?
Aku mahu menjadi sempurna untuknya walaupun aku tersangat tahu aku takkan mampu. Tapi tidak salah untuk mencuba. Kesempurnaan yang aku maksudkan adalah dalam menjaganya dan memberi perhatian pada hidupnya. Semoga aku menjadi isteri yang solehah untuknya. Menjadi pendamai pada jiwanya. Qurrotul ain pada matanya... dan dia juga begitu. Semoga menjadi suami yang soleh buatku. Aku memang mengharapkan bimbinganmu juga permata ilmu yang ada didalammu...
Moga kau kan bahagia bersamaku.
-samaran aeshah-
No comments:
Post a Comment