Indahnya saat saya memandang sekeliling.. hati saya sarat dengan perasaan indah dan gembira dengan suasana ini... sangat-sangat buatkan kita terfikir dan insaf..para pencinta Rasulullah indah dengan pakaian sunnah mereka. Lilitan kemas dikepala, berjubah putih dibadannya, dan berkain rida' di atas bahu-bahu mereka..sang bidadari pula cantik menutup segala perhiasan.. walaupun sesetengahnya tidak berniqab.. subhanallah! Cantik menutup aurat dengan sempurna.. Dimanakah lagi saya akan ketemukan suasana seindah ini ... ? Semalam yang indah.. kenapa perlu berlalu dengan mudah? Beribu-ribu pencinta Al-Mustofa berkumpul memuji-muji Allah serta berselawat kepada baginda di Stadium Malawati,Shah Alam dan bersama-sama juga adalah Habib Syech Assegaf dan beberapa habaib yang lain..Sebagai khatam majlis, dihidangkan tausiah dari Al-habib Najmuddin Al-Khered yang menceritakan bagaimana haiwan-haiwan mencintai dan kenal akan diri Rasulullah s.a.w... Berkali-kali beliau ajukan soalan.. rasa-rasa cukup sempurnakah kecintaan kita kepada Rasulullah?
Semoga diizinkan oleh Allah untuk bertemu lagi dengan taman syurga seperti ini...
Nota dari hati:
Wahai kerinduanku..
Tiada cahaya dalam gelap..
Yang lebih gembirakan jiwa kami..
Daripada cahaya wajahmu ya Al-mahi...
Kerana engkau ya sayyidi...
Pengubat jiwa kami..
Penyembuh bagi hati-hati..


No comments:
Post a Comment